Featured Posts

A place where your moment is captured and preserved forever..

Monday, June 18, 2012 1 comments

As salam... and Hi all..
Entry ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ES semata-mata. (refer juga beberapa rakan photographer yang lain) 
Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. 
Mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) 
ES terangkan secara ringkas kenapa ye harga photographer agak mahal?


KOS TETAP
Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera.
Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer ES kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
Biasanye, harga satu flash atau speedlite pun dah RM500 ke atas.Kalau beli brand NIKON SB600 pun dah RM700.Kalau kita buat pakej yang dapat untung baru RM200 - 300 sahaja.
(buatnye lepas majlis, speedlite tu rosak?Tak ke dah negatif keuntungannye tu?Jadi, kena kira semua tu dlm kos pakej k... )


KOS MASA BEKERJA 
Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. 
Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. 
Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). 
Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing
Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. 
Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album.
 Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa.
 Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. 
Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
KOS ALBUM 
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album.
Re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri.
Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album.
Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

KOS PROFESSIONAL 
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting.
Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain.
Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang.
Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata.
Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama..hahahaha.
Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.
Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

SELECTING & EDIT
Rasanya semua photograher sedikit sebanyak edit gambar.. (termasuk ES..hihi :p)
Ye la.. ada orang suka natural (contohnya Mr. ES), ada orang suka photo manipulation (e.g. Mrs. ES)
Satu editing mengambil masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar! (belum lagi kira masa yang dihabiskan menyiapkan custom album...~)
Tapi, bila kita setting siap-siap pada kamera, dapatlah jimatkan masa untuk editing.
Katakanlah, gambar yang diambil gelap sedikit atas faktor-faktor persekitaran.
Kalau cuci, confirmed gelap kan? Kena juga adjust lighting dalam photoshop/ lightroom untuk cerahkan sikit.
Kalau 1 gambar ok la, tapi perlu lihat satu-satu gambar untuk pastikan semuanya ok.. (huhu..kira la masa yg dihabiskan utk mentelaah satu-satu gambar... :p)


Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album.
Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar servis photography.
 Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis.
Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? ES harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni.

p/s: Banyak lagi ES boleh coretkan kat sini.
Lain kali ES sambung lagi. Ini pandangan personal ES.
Mungkin ada mana-mana pihak yang mempunyai pandangan tersendiri.
Jika tersilap kata bicara, menyinggung mana-mana pihak..ia tidak disengajakan..harap maaf.
Wallahua’lam.

0 comments

As salam...

Birthday party ni dah lama..3 tahun lepas dah :p
Sesiapa yang pernah baca blog ES sebelum ni, maybe pernah baca entry tetang budak handsome ni!
Tapi entry tu ES dah rombak balik. Cari-cari entry tu dah takde.
Tetiba teringat and terindu budak handsome Danish! So, ES cari photo time celebrate 1st birthday Danish..
Ini dia.. Handsome kan? Sekarang dah 3 years old. Mesti lagi handsome.
Nanti kita jumpa lagi ye Danish! :)

 






p/s: if you all perasan, mummy daddy Danish ni penah ada dalam entry sebelum ni.
Yup, Danish is biG brOther of Dania yang comel tu... tengok entry majlis berendoi Dania [klik sini].. Comel kan? They are really adorable siblings...~♥

Friday, June 15, 2012 0 comments

As salam...and Hi all..

Lets the photo tell you the LOVE story.. :)

























Thursday, June 14, 2012 0 comments

As salam...and good day all! :)

Majlis perkahwinan Imanul Hassan Abdul Shukor & Horiah Zahidah Intizam.



The arrival of VVIP.. Those from UiTM if tak kenal, tak tau la nak cakap ape..hihi :p









This emcee looks familiar right? When u heard his voice, more familiar! :)






p/s: Mrs. ES mengemaskini folder photo (all captured by ES). Ohh...so many photos not publish on ES blog. That's why this blog looks very "hurmmm..". Ok..will try my best to upload the photo more and more! :)



Wednesday, June 13, 2012 0 comments

As salam... 
Baru-baru ini, ES sekali lagi menjadi jurukamera rasmi bagi syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia bagi Karnival Sukan TNB 2012. 
Karnival sukan ini berlangsung selama empat hari, 
bermula pada 17 Mei 2012 sehingga 20 Mei 2012. 

Jom view beberapa gambar yang ES sempat upload.. :p
 


 




 
 



Thanks to all for your cooperation.

CATEGORIES

About Me

My photo
Provides a professional photography services for any events; wedding, engagement, family day, annual dinner, and other formal event.