Featured Posts

A place where your moment is captured and preserved forever..

Monday, June 18, 2012

As salam... and Hi all..
Entry ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ES semata-mata. (refer juga beberapa rakan photographer yang lain) 
Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. 
Mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) 
ES terangkan secara ringkas kenapa ye harga photographer agak mahal?


KOS TETAP
Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera.
Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer ES kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, drybox, beg, kos selenggara dan sebagainya.
Biasanye, harga satu flash atau speedlite pun dah RM500 ke atas.Kalau beli brand NIKON SB600 pun dah RM700.Kalau kita buat pakej yang dapat untung baru RM200 - 300 sahaja.
(buatnye lepas majlis, speedlite tu rosak?Tak ke dah negatif keuntungannye tu?Jadi, kena kira semua tu dlm kos pakej k... )


KOS MASA BEKERJA 
Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. 
Kalau majlis sanding hingga sesi outdoor ia meliputi 7-8 jam bekerja. 
Itu tak termasuk tambahan shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). 
Kalau photographer part time biasanya mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing
Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit serta rekabentuk album sendirian. 
Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 2 atau 3 page custom album.
 Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja seperti biasa.
 Hujung minggu pula tak boleh buat editing sebab ada tugasan lain pula. 
Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
KOS ALBUM 
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album.
Re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri.
Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album.
Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

KOS PROFESSIONAL 
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia sangat penting.
Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran editing, pengalaman PR dan lain-lain.
Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang.
Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata.
Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama..hahahaha.
Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.
Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

SELECTING & EDIT
Rasanya semua photograher sedikit sebanyak edit gambar.. (termasuk ES..hihi :p)
Ye la.. ada orang suka natural (contohnya Mr. ES), ada orang suka photo manipulation (e.g. Mrs. ES)
Satu editing mengambil masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar! (belum lagi kira masa yang dihabiskan menyiapkan custom album...~)
Tapi, bila kita setting siap-siap pada kamera, dapatlah jimatkan masa untuk editing.
Katakanlah, gambar yang diambil gelap sedikit atas faktor-faktor persekitaran.
Kalau cuci, confirmed gelap kan? Kena juga adjust lighting dalam photoshop/ lightroom untuk cerahkan sikit.
Kalau 1 gambar ok la, tapi perlu lihat satu-satu gambar untuk pastikan semuanya ok.. (huhu..kira la masa yg dihabiskan utk mentelaah satu-satu gambar... :p)


Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album.
Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar servis photography.
 Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis.
Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? ES harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni.

p/s: Banyak lagi ES boleh coretkan kat sini.
Lain kali ES sambung lagi. Ini pandangan personal ES.
Mungkin ada mana-mana pihak yang mempunyai pandangan tersendiri.
Jika tersilap kata bicara, menyinggung mana-mana pihak..ia tidak disengajakan..harap maaf.
Wallahua’lam.

1 comments:

Unknown said...

mahal kan lens..tp klo mampu mmg x rugi labur pd lens ni..jana pendapatan...
FOLLOWER KE 56

CATEGORIES

About Me

My photo
Provides a professional photography services for any events; wedding, engagement, family day, annual dinner, and other formal event.